SemanisKurma.my

Google Disaman Berjumlah RM324.65 Juta


Sekumpulan selebriti wanita yang menjadi mangsa godam akaun e-mel, menyaman syarikat Google berjumlah AS$100 juta (RM324.65 juta) atas dakwaan mengambil kesempatan ke atas skandal tersebut tanpa bertindak menyelesaikan isu berkenaan.

Antara selebriti yang terlibat ialah Rihanna, Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kim Kardashian, lapor laman web, Mail Online.


Menurut sumber, Page Six, peguam- peguam yang mewakili selebriti terbabit mendakwa, Google berupaya membuang gambar-gambar yang dicuri daripada Internet, namun pihak syarikat berkenaan gagal berbuat demikian.

Sebaliknya, Google dilihat mengambil kesempatan terhadap kes itu untuk mendapatkan keuntungan daripada penganiayaan ke atas selebriti terlibat.

Pendakwa raya Hollywood, Marty Singer turut menulis surat kepada pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin menuduh tindakan mereka sebagai tidak beretika dalam menangani isu tersebut.

“Disebabkan mangsa yang terbabit adalah selebriti yang mempunyai nilai publisiti yang tinggi, anda tidak melakukan apa-apa, sebaliknya anda mengambil kesempatan dan tidak menghentikannya," menurut surat berkenaan.

Gambar-gambar yang dicuri oleh penggodam masih tersebar di laman-laman web sosial, walaupun terdapat polisi ketat yang melindungi pengguna daripada dianiaya.

Title : Google Disaman Berjumlah RM324.65 Juta
Description : Sekumpulan selebriti wanita yang menjadi mangsa godam akaun e-mel, menyaman syarikat Google berjumlah AS$100 juta (RM324.65 juta) atas da...

0 Response to "Google Disaman Berjumlah RM324.65 Juta"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH