SemanisKurma.my

Pelajar Darjah 3 Teruma Selepas Di Rogol Berkali-kali


ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.

Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.



Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.
“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.
“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.
Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.
“Pada kira-kira jam 10.30 pagi Rabu lalu, berlaku sekali lagi kejadian sama ketika waktu rehat apabila mangsa seorang diri datangi remaja terbabit.
“Remaja itu didakwa sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk di tangga sekolah dan memberi amaran supaya mangsa merahsiakan perkara berkenaan,” katanya yang memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak keluar rehat sebaliknya berada di sekitar kawasan sekolah berkenaan seorang diri.

Kata sumber itu, mangsa yang takut hanya berdiam diri kerana bimbang dicederakannya sebelum remaja terbabit berlalu selepas melakukan perbuatan itu.
“Keesokan paginya (Khamis), kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, mangsa sekali lagi mendakwa menjadi habuan nafsu remaja terbabit dan kali ini senjata tajam diacukan di leher mangsa ketika berseorangan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa diugut bunuh jika perlakuan sumbang itu diketahui orang, namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian melaporkan kepada pengurusan sekolah.

“Pihak sekolah yang terkejut selepas diberitahu perkara itu segera menyiasat sebelum memanggil ibu mangsa memaklumkan kejadian menimpa anaknya,” katanya.
“Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sendiri datang ke sekolah kira-kira jam 3 petang sebelum bertindak melaporkannya kepada polis,” katanya .
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan, polis ada menerima laporan.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dan sudah mengenal pasti suspek seorang remaja lelaki dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya. - METRO
Title : Pelajar Darjah 3 Teruma Selepas Di Rogol Berkali-kali
Description : ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunaka...

1 Response to "Pelajar Darjah 3 Teruma Selepas Di Rogol Berkali-kali"

  1. [ADS] ~ Malaysia Online Centre (MOC) Dahulu dikenali sebagai Malaysia Online Store , MOC menjual Pelbagai Produk seperti Gadget, Barangan DIgital, Peralatan Rumah , Tudung dan Bermacam -macam lagi.

    Pelbagai Produk Menarik yang anda boleh dapat di MOC, & Produk Baru SETIAP HARI.
    Sila layari Laman Web Kami di http://www.malaysiaonlinecentre.com

    Malaysia Online Centre | Malaysia Online Store | Malaysia Online Shop | Directory & Online Shopping Malaysia For Gadget, Fashion, Home Appliances, Cameras & More
    Your Most Trusted & Safest Online Store In Malaysia

    Website:
    http://www.malaysiaonlinecentre.com/

    Ingin Menjual Produk anda di www.malaysiaonlinecentre.com ? sila Emailkan Maklumat anda di admin@malaysiaonlinecentre.com

    #MalaysiaOnlineCentre #MalaysiaOnlineStore #MalaysiaOnlineshop #MalaysiaShoppingOnline #OnlineShopping #Onlineshop #JomShopping #MenFashionreview #KualaLumpur
    #MaharajalawakMega #MaharajalawakMega2014 #virus #KedaiOnline #E-kedai

    MOBILES & TABLETS
    CLOTHES SHOES & BAGS
    HOME APPLIANCES
    WATCHES & ACCESSORIES
    CAMERAS
    HOME & LIVING
    COMPUTER & LAPTOPS
    CONSUMER ELECTRONICS
    HEALTH & BEAUTY
    TOYS, KIDS & BABIES
    TRAVEL & LUGGAGE
    SPORT & OUTDOORS
    MEDIA, GAME & MUSIC

    AUTOMOTIVE & GADGETS: Goodyear, As Seen on Tv, Nakamichi, more...
    CAMERAS: Canon, Olympus, Nikon, GoPro, more...
    COMPUTERS & LAPTOPS: Acer, Asus, HP, Lenovo Laptop, more...
    CONSUMER ELECTRONICS: Panasonic, Philips, Sony, Pioneer, more...
    FASHION: Alfio Raldo, KLF, Hatta Dolmat, Tropicana Life, more...
    HEALTH & BEAUTY: Hugo Boss, Calvin Klein, L'Oreal, SK II, more...
    HOME APPLIANCES: Kenwood Sharp, Tefal, Electrolux, more...
    HOME & LIVING: 3M, Akemi, Kyocera, Royal Selangor, more...
    MOBILES & TABLETS: Apple, Blackberry, Samsung, Lenovo, more...
    SPORTS & OUTDOORS: Adidas, Puma, Nike, Reebok, more...
    TOYS, KIDS & BABIES: Drypers, MamyPoko, Autumnz, Philips Avent, more...
    TRAVEL & LUGGAGE: Samsonite, Targus, Hush Puppies, Deuter, more...
    WATCHES & ACCESSORIES: Casio, Seiko, Timex, more...

    Proudly Powered by http://www.araaznetwork.com

    BalasPadam

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH