SemanisKurma.my

Wanita Bernafsu Terima Bahana


Itulah padahnya berkasih dengan suami orang. Lin Yao Li, 38 tahun dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya.

Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin walaupun dia meraung kesakitan.

Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang. Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.


Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China.

Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya. Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya. Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya.


Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin memberitahu stesen televisyen tempatan:

“Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa. Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu.”

Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans. ~ Harian Metro & Dailymail UK

Title : Wanita Bernafsu Terima Bahana
Description : Itulah padahnya berkasih dengan suami orang. Lin Yao Li, 38 tahun dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan...

0 Response to "Wanita Bernafsu Terima Bahana "

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH