SemanisKurma.my

Aplikasi Wechat Jadi Sarang Pelacuran



Seorang daripada wanita warga asing terbabit dalam aktiviti persundalan tidak sempat menyarung pakaiannya ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya Johor Bahru, Johor jam 9 malam semalam.

Wanita warga China sebelum itu dikesan ditawarkan sindiket pelacuran melalui aplikasi Wechat.

Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar kegiatan sindiket pelacuran ini menggunakan aplikasi internet 'WeChat' yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia selepas melakukan risikan selama empat hari.

Untuk rekod, aplikasi ini turut digunakan remaja serta kanak-kanak di bawah umur tanpa had sekaligus mendedahkan mereka kepada aktiviti songsang.

Sindiket pelacuran ini juga secara terbuka memaparkan pelbagai foto lucah wanita diperdagangkan lengkap dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.

Melalui kaedah penyamaran, anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor berjaya menyusup ke premis terbabit sebagai pelanggan. Antara ditawarkan sindiket ini, wanita warga China, Vietnam dan Indonesia dengan caj perkhidmatan di antara RM188 dan RM588 termasuk kos penggunaan bilik.


Siasatan mendapati, pelanggan hanya perlu mengetahui nombor bilik didiami wanita terbabit yang diberikan oleh bapa ayam melalui komunikasi menggunakan sistem pesanan ringkas.

20 Julai tahun lalu, jabatan yang sama turut melumpuhkan sindiket pelacuran menggunakan laman web bagi menawarkan perkhidmatan persundalan di sekitar Johor Bahru.

Usaha itu bagaimanapun gagal mengesan bapa ayam terbabit selepas nombor yang digunakan tidak lagi aktif. Pemeriksaan pendaftaran nombor menggunakan nombor kad pengenalan mendapati individu dalang sindiket pelacuran itu tidak wujud.


Dalam serbuan malam tadi, kondom dalam kuantiti banyak turut ditemui dalam setiap bilik didiami pelacur terbabit.

10 wanita, 6 warga China dan masing-masing 2 warga Indonesia serta Vietnam berusia di antara 19 dan 31 tahun ditahan dalam serbuan ini.

Antara kesalahan dikesan, menyalahgunakan pas lawatan sosial. Kesemua ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, untuk siasatan lanjut.

~ Kredit Buat kamithemedia. 
Title : Aplikasi Wechat Jadi Sarang Pelacuran
Description : Seorang daripada wanita warga asing terbabit dalam aktiviti persundalan tidak sempat menyarung pakaiannya ketika diserbu penguatkuasa Jab...

0 Response to "Aplikasi Wechat Jadi Sarang Pelacuran "

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH