SemanisKurma.my

Hati Ibu Tergurus Anak Dibogelkan


Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang remaja lelaki dibogelkan yang didakwa cuba mencuri motosikal berdekatan dengan sebuah masjid dekat sini.

Ibu kepada remaja berkenaan tampil meluahkan perasaan kecewa terhadap perkara tersebut. Menurut ibu yang berusia 38 tahun itu, walaupun anaknya bersalah, orang ramai tidak ada hak untuk memperlakukan anaknya sedemikian rupa.

"Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila orang ramai bogelkan, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.
"Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya," memetik laporan dari berita Bernama.
Ibu berkenaan juga berkata perbuatan menjatuhkan maruah itu bertentangan dengan ajaran Islam.
Title : Hati Ibu Tergurus Anak Dibogelkan
Description : Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang remaja lelaki dibogelkan yang didakwa cuba mencuri motosikal berde...

0 Response to "Hati Ibu Tergurus Anak Dibogelkan"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH