SemanisKurma.my

Isteri Menikmati Kecurangan Zinanya


Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.

  1. 9 Unexpected Interruptions Every Woman Dreads
  2. [PHOTOS] Why Didn't These Easy Meals Turn Out The Same At Home?
  3. FREE gift vouchers worth RM45,000 for those who have a phone!
  4. Fulamak, ganjaran dia! Memang patutlah orang asyik cakap pasal Axiata Cup ni…

Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit  isterinya,malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri  kononnya kepenatan kerana bekerja.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi  SMS,menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut  dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga  seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu  sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.

“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat  kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung  berkenaan,Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.

Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit  milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka  melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil  keterangansebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah  Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan  kecewa dengan kejadian itu.
Title : Isteri Menikmati Kecurangan Zinanya
Description : Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabi...

0 Response to "Isteri Menikmati Kecurangan Zinanya "

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH