Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.
- Want FAST Internet and a phone plan that won’t let you down? You’ll like this one.
- They thought they got a makeover, but they were in for a better surprise.
- Did you know anything about #11 and #12? Proud anak Malaysia moments!
Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.
Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.
“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.
“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.
Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai.
Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.
Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.
Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak. Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.
“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.
“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya
Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan. Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.
Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu. Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.
“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula.
“Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya.
Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.
Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka.
Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua, katanya.-HM
Title : Kisah Benar: Pengakuan Suka Duka Ratu Bohsia
Description : Pengalaman Berzina Dengan 5 Mat Rempit Serentak|Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubunga...
Description : Pengalaman Berzina Dengan 5 Mat Rempit Serentak|Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubunga...
0 Response to "Kisah Benar: Pengakuan Suka Duka Ratu Bohsia "
Catat Ulasan