SemanisKurma.my

Kepala Putus Bergolek Tengah Jalan


Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun maut selepas kepalanya terputus akibat kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Persisiran Pantai Nusajaya kira-kira 4.25 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di lokasi nahas.
“Pada semalam kira-kira 4.25 pagi ada kemalangan maut berlaku di jalan berkenaan dan mangsa yang putus kepala meninggal di lokasi berkenaan serta merta.

“Punca kemalangan akibat mangsa gagal mengawal motosikal dan dipercayai menunggang laju ketika itu.

“Terdapat kesan darah pada besi penghadang dan mangsa dibawa ke hospital di Kulaijaya untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya. ~ wowberita.org
Title : Kepala Putus Bergolek Tengah Jalan
Description : Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun maut selepas kepalanya terputus akibat kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Persisiran Panta...

0 Response to "Kepala Putus Bergolek Tengah Jalan "

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH