Lenovo baru-baru ini bersempena dengan IFA 2014 telah memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Lenovo Vibe X2.
Telefon pintar tersebut dilengkapi spesifikasi tinggi disamping mempunyai rekabentuk yang amat menarik, dengan rekaan tersendiri yang dipanggil sebagai Tri-Layered design.
Ia hadir dengan rekaan warna yang agak unik, di mana bahagian tepinya hadir dengan warna berlapis yang mana agak berbeza dan menjadikannya agak unik berbanding peranti lain.
Didatangkan dalam 3 pilihan warna iaitu putih, merah, gold dan kelabu gelap, Vibe X2 dilengkapi cip pemprosesan MediaTEK MT6595, yang mana turut menyertakan sokongan LTE bersama-sama dengannya.
Peranti bersaiz 5-inci ini juga turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 13-megapixel, dan ruangan storan terbina 32GB.
Beberapa aksesori khusus turut hadir termasuk dengan kerjasama pihak JBL yang mana ia turut berfungsi sebagai sebuah kickstand.
Lenovo dilihat cuba memfokus kepada prestasi bateri dimana turut memperkenalkan aksesori tambahan iaitu cover phone yang dilengkapi bateri luar, berupaya meningkatkan kuasa bateri sebanyak 75% dan sangat nipis disamping turut berfungsi sebagai pelindung kepada telefon pintar tersebut.
Levovo Vibe X2 akan mula dijual di China terlebih dahulu pada akhir september sebelum dipasarkan ke pasaran Asia dan Eropah secara berperingkat pada bulan Oktober kelak. Telefon pintar ini mula dijual pada harga rasmi USD399 (RM1267).
Sumber: LENOVO
Title : Lenovo Vibe X2 Hadir Dengan Rekaan Kerangka Berlapis
Description : Lenovo baru-baru ini bersempena dengan IFA 2014 telah memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Lenovo...
Description : Lenovo baru-baru ini bersempena dengan IFA 2014 telah memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Lenovo...
0 Response to "Lenovo Vibe X2 Hadir Dengan Rekaan Kerangka Berlapis"
Catat Ulasan