SemanisKurma.my

Petunjuk Bahawa Rumahtangga Telah Terkena Sihir


Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

ANTARA tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
  2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
  3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
  4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
  5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
  7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
  8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah. 
  9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

ANTARA ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:
  1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.
  2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.
  3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
  4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.
  5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari. Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. 
  6. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis. Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. “Mood’ untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahualam.
  7. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.
  8. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.
  9. Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.

DOA MENGELAK TERKENA SIHIR
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1. Al-Fatihah.
2.Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3. Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4. Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5. Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam


من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6. Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7. Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"


أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Sumber Rujukan
Title : Petunjuk Bahawa Rumahtangga Telah Terkena Sihir
Description : Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupa...

0 Response to "Petunjuk Bahawa Rumahtangga Telah Terkena Sihir"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH