SemanisKurma.my

Video Evolusi Saiz Telefon Pintar iPhone


Mengimbau kembali tahun 2007, Steve Jobs buat kali pertamanya memperkenalkan telefon pintar pertama buatan Apple yang dinamakan iPhone. Pada waktu tersebut saiz skrin iPhone hanyalah sebesar 3.5 inci.

Sungguhpun begitu saiz sebegitu sudah cukup membuatkan peminat telefon bimbit separuh gila untuk memilikinya. Kini, seperti yang anda semua tahu Apple kembali dengan model terbaru iPhone 6 mereka yang mana mendapat naiktaraf yang memberangsangkan iaitu dengan skrin sebesar 5.5 inci.

Mari kita lihat kembali bagaimana saiz iPhone berubah sehingga sehinggalah model terbaru mereka.

Jika anda seorang peminat iPhone, anda mungkin rasa anda sedang memantau ahli keluarga yang sedang membesar. Jika tidak, anda mungkin tertanya-tanya mengapa ia mengambil masa yang lama untuk model ini mendapat naiktaraf skrin sebesar 5.5 inci.

Title : Video Evolusi Saiz Telefon Pintar iPhone
Description : Mengimbau kembali tahun 2007, Steve Jobs buat kali pertamanya memperkenalkan telefon pintar pertama buatan Apple yang dinamakan iPhone. P...

0 Response to "Video Evolusi Saiz Telefon Pintar iPhone"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH