SemanisKurma.my

#10 Jenis Dan Senarai Fantasi Bra Bernilai Jutaan Ringgit


Buat pertama kalinya dalam sejarah, dua pasang pakaian dalam Fantasy Bra direka bersempena dengan persembahan "Victoria Secret Fantasy 2014".

Kali ini, ia akan digayakan oleh dua orang model terkenal iaitu Alessanda Ambrosio dan Adriana Lima. Dengan bernilai RM6.66 juta setiap satu, "Dream Angels Fantasy Bras" akan diperagakan di persembahan fesyen Victoria Secret yang bakal berlangsung di London pada 9 Disember ini.

Kedua-dua Fantasy Bra ini dicipta dan di reka eksklusif oleh Mouawad iaitu syarikat perhiasan barang kemas dan jam tangan yang juga menjadi sumber kepada berlian dan batu permata untuk beberapa koleksi mereka.

Pakaian dalam tersebut menerapkan campuran berlian, batu delima dan permata nilam yang membawa kepada jumlah keseluruhan adalah 16,000 batu yang sangat berharga.

Pakaian dalam tersebut digantung dan disambungkan ke leher, kaki, perut dan leher dengan emas 18 karat. Menurut Victoria Secret, ianya mengambil masa selama 1,380 jam untuk menyambungkan barang kemas dan perhiasan tersebut,hanya untuk mencipta dan menyiapkan pakaian dalam yang bernilai RM6.66 juta.

Bagi yang tidak mengetahui, ianya merupakan acara tahunan Victoria Secret untuk memperkenalkan pakaian dalam terbaru dan bekerjasama dengan syarikat jenama mewah terbesar.

Mari kita lihat koleksi pakaian dalam Fantasy Bra yang telah diperagakan sejak tahun 2004 lagi.


1.Royal Fantasy Bra (2013)
Model Candice Swanepoel dari Afrika Selatan ini dipilih untuk memperagakan pakaian dalam termahal koleksi Victoria Secret.

Pakaian dalam yang bernilai RM33.3 juta itu direka oleh Mouawad dan menampilkan lebih dari 4,200 batu termasuk berlian, batu delima, permata nilam biru dan kuning.


2. Floral Fantasy Bra (2012) 
Pakaian dalam yang bernilai RM8.3 juta ini diperagakan oleh model dari Brazil, Alessandra Ambrosio. Pakaian dalam yang bercorak flora itu dihiasi dengan 5,200 batu berharga termasuk batu amethyst, pemata nilam, batu delima, berlian putih, merah jambu dan kuning.

Ianya eksklusif direka oleh New Jersey-based London Jewelers. Tambahan pula, pakaian dalam ini didatang dan dipadankan dengan minyak wangi "Bombshell Fantasy".


3. Fantasy Treasure Bra (2011) 
Pakaian dalam berwarna 'turquoise' yang bernilai RM8.3 juta ini di gayakan oleh Miranda Kerr pada tahun 2011.

Pakaian dalam yang diinspirasikan daripada laut ini bertatahkan 3,400 batu berharga termasuk mutiara, permata biru jernih dan berlian putih kuning 142 karat. Pakaian dalam ini pula direka oleh Lond Island London Jewelers.


4. Bombshell Fantasy Bra (2010)
Bernilai RM6.66 juta, pakaian dalam 'meletup' ini digayakan oleh model dan juga aktres dari Brazil, Adriana Lima.

Pakaian dalam tersebut direka eksklusif oleh Damiani untuk Victoria Secret dan dihiasi dengan 3,000 berlian putih, biru, permata nilam dan batu topas,disertakan juga emas putih 18 karat.

Dikatakan juga, pakaian dalam ini mengambil masa selama 1,500 jam tenaga kerja untuk menyiapkannya.


5.Harlequin Fantasy Bra (2009) 
Digayakan oleh model dan aktres dari Amerika, Marisa Miller. Pakaian dalam yang bernilai hampir RM10 juta ini di hiasi dengan 2,300 batu putih, warna berlian dipermukaannya ditambah dengan berlian 16 karat berbentuk hati ditengah.

Pakaian dalam ini juga direka oleh Damiani.


6.Black Diamond Fantasy Miracle Bra (2008)
Juga digayakan oleh Adriana Lima. Pakaian dalam yang gelap dan seksi ini bernilai RM16.6 juta dan direka oleh Martin Katz.

Pakaian dalam yang direka untuk memperlihatkan seperti bidadari yang seksi ini dibuat menggunakan 3,575 berlian hitam, 117 berlian bulat dan 34 betu delima.

7. Holiday Fantasy Bra Set (2007) 
Direka oleh jenama perhiasan dan barang kemas Mouawad, pakaian dalam yang diinspirasikan daripada percutian ini digayakan oleh model British, Selita Ebanks bernilai RM14.9 juta.

Ianya dihiasai dengan 9,000 batu termasuk berlian, delima, zamrud dan permata nilam kuning. 8. Hearts On Fire Diamond Fantasy Bra (2006)


8. Hearts On Fire Diamond Fantasy Bra (2006) 
Pakaian dalam yang kelihatan seperti ais ini bernilai RM21.6 juta dan digayakan model dari Czech, Karolina Kurkoya.

Ianya dihiasi dengan 2,000 berlian dan brooh 10 karat di tengah. Ianya direka khas oleh syarikat pengeluar berlian dan barang kemas, Hearts on Fire.


9. Sexy Splendor Fantasy Bra (2005) 
Pakaian dalam yang bertemakan Krismas ini digayakan oleh model dari brazil, Gisele Bundchen.

Pakaian dalam yang berharga RM41.6 juta ini merupakan yang termahal didalam koleksi Fantasy Bra menampilkan 2,900 set berlian, 22 batu delima dan berlian 101 karat disertakan emas putih 18 karat.


10. Heavenly 70 Fantasy Bra (2004) 
Digayakan oleh model,aktres dan penerbit dari Amerika, Tyra Banks. Pakaian dalam ini dihiasai dengan 2,900 berlian disertakan dengan emas putih 18 karat dan juga terdapat berlian berbentuk pear 70 karat di tengah.

Ia juga dikatakan mengambil masa lebih 275 jam tenaga kerja untuk menyiapkan pakaian dalam ini. Pakaian dalam ini juga tidak diperagakan dalam persembahan fesyen Victoria Secret pada 2004. ~ kredit kamithemedia.

Title : #10 Jenis Dan Senarai Fantasi Bra Bernilai Jutaan Ringgit
Description : Buat pertama kalinya dalam sejarah, dua pasang pakaian dalam Fantasy Bra direka bersempena dengan persembahan "Victoria Secret Fant...

0 Response to "#10 Jenis Dan Senarai Fantasi Bra Bernilai Jutaan Ringgit"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH