SemanisKurma.my

Chacha Maembong Terasa Hati


Kami beri 10 markah kepada mereka yang berjaya meneka dengan tepat tentang misteri foto wanita berbusana merah jambu yang direka khas oleh Ezuwan Ismail. Hehe.

Menerusi temubual bersama mStar Online, Chacha Maembong mengakui bahawa dia merupakan selebriti yang didakwa Ezuwan tidak menggayakan busana tersebut.

Namun, pelakon berusia 18 tahun itu mengatakan bahawa dia sudah memaklumkan mengenai hal ini kepada Ezuwan sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014).

“Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.
Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu.
Saya pun terkejut dan terasa hati apa yang dia tulis di laman sosial itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya sahaja untuk beritahu perkara itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai baju itu.”
Bagaimanapun, Chacha memberitahu bahawa dia bernasib baik kerana dapat mencari baju pengganti pada saat-saat akhir untuk ke majlis berkenaan.
Title : Chacha Maembong Terasa Hati
Description : Kami beri 10 markah kepada mereka yang berjaya meneka dengan tepat tentang misteri foto wanita berbusana merah jambu yang direka khas ...

0 Response to "Chacha Maembong Terasa Hati"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH