SemanisKurma.my

DJ Sinar FM Feeya Iskandar Disamun

Gambar Feeya Dalam Lakonan Drama Kasih Alia

Penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar mengalami trauma selepas hampir menjadi mangsa samun bermotosikal ketika memandu keretanya untuk pergi ke tempat kerja di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kira-kira 1 petang tadi.

Menurutnya ketika dihubungi Malaysian Digest, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas ketika dia berhenti di satu persimpangan lampu isyarat


Ketika itu saya memandu seorang diri dalam perjalanan ke Astro untuk memulakan tugas jam 3 petang.


Namun, saya yang berada di hadapan di satu persimpangan lampu isyarat, secara tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan kemudian ternampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal cuba memecah tingkap kereta saya, katanya.

Pengacara bersama program Maharaja Lawak Mega ini berkata, penyamun berkenaan cuba memecahkan tingkap di sebelah tempat duduk pemandu berulang kali tetapi gagal sebelum bertindak melarikan diri.

Saya tidak sempat mengambil nombor plat motosikal mereka tetapi apa yang lebih penting, saya bersyukur kerana selamat, katanya.

Katanya, dia yang pertama kali mengalami kejadian sedemikian berpesan pada orang ramai khusus pemandu wanita agar lebih berhati-hati ketika memandu seorang diri.  ~ Sumber

Title : DJ Sinar FM Feeya Iskandar Disamun
Description : Gambar Feeya Dalam Lakonan Drama Kasih Alia Penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar mengalami trauma selepas hampir menjadi mangsa ...

0 Response to "DJ Sinar FM Feeya Iskandar Disamun"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH