SemanisKurma.my

Hackers Malaysia Menggodam Laman Web US


KUALA LUMPUR: Sebuah servis berita yang berpangkalan di US menuduh penggodam kerajaan Malaysia yang telah menyebabkan laman webnya ditutup setelah laman web berkenaan menyiarkan cerita berkenaan dengan sebuah buku yang mengaitkan ahli politik dengan korupsi.

"Serangan terhadap laman web kami berasal dari entiti kerajaan Malaysia seperti yang dikenal pasti berdasarkan alamat IP mereka," Sunny Lewis, ketua editor Environment News Service (ENS), dalam sebuah kenyataan e-mel, menambah serangan tersebut mematikan 'server' selama dua jam.



Serangan itu muncul setelah servis berita tersebut mengemukakan satu berita berkenaan rancangan untuk menerbitkan sebuah buku Lukas Straumann yang bertajuk" Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia", walaupun firma guaman yang mewakili Abdul Taib Mahmud membuat tuntutan bagi menahan penerbitan buku terbabit.

Abdul Taib Mahmud, 78, yang merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak telah menghadapi pelbagai tuduhan yang menuduhnya mengkayakan diri dan kroninya dengan mengcengkam ekonomi negeri tersebut. Bagaimanapun, Taib menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.

Buku "Money Logging" menyiasat tentang kemusnahan hutan hujan Borneo oleh pembalak Malaysia, yang disifatkan oleh bekas Perdana Menteri UK, Gordon Brown,  sebagai "mungkin jenayah alam sekitar terbesar di zaman kita"
Title : Hackers Malaysia Menggodam Laman Web US
Description : KUALA LUMPUR: Sebuah servis berita yang berpangkalan di US menuduh penggodam kerajaan Malaysia yang telah menyebabkan laman webnya ditutu...

0 Response to "Hackers Malaysia Menggodam Laman Web US"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH