SemanisKurma.my

Guru Kanan Ditahan Akibat Merakam Aksi 18sx


AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan  merakam video lucah di dalam sebuah rumah.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun  mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa  ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.Berdasarkan pertuduhan,  Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau  yang bertentangan dengan kesopanan awam.


Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit  Beruang Utama Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima  tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja.

Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan

Title : Guru Kanan Ditahan Akibat Merakam Aksi 18sx
Description : AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam ...

0 Response to "Guru Kanan Ditahan Akibat Merakam Aksi 18sx"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH