SemanisKurma.my

Elak gula tambahan dalam diet harian



Gula merupakan salah satu bahan yang penting untuk badan kerana ia membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian.

Selain itu, gula juga terdapat pada buah-buahan (fruktosa) dan susu (laktosa). Selain di dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.

Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa, fruktosa, sorbitol, manitol, semua jenis sirap, madu, malt, ekstrak malt, maltose, ekstrak beras dan molas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa purata pengambilan gula tambahan adlaah tidak melebihi 10 sudu teh sehari iaitu 50gram.
Title : Elak gula tambahan dalam diet harian
Description : Gula merupakan salah satu bahan yang penting untuk badan kerana ia membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Seca...

0 Response to "Elak gula tambahan dalam diet harian"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH