SemanisKurma.my

Pakej buka puasa hanya RM5


KETIKA ramai peniaga menaikkan harga makanan kerana faktor semasa, pengusaha sebuah restoran di Duyong, di sini, mengenakan bayaran hanya RM5 untuk pelanggannya berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Dengan kadar murah itu pelanggan berpeluang menikmati empat jenis lauk, sayuran, buah-buahan, kuih-muih dan minuman.

Penolong pengurus restoran itu Ade Putera Jazmi, 37, berkata, restoran diusahakan bersama keluarganya itu mula menawarkan pakej berbuka kadar mampu sejak empat tahun lalu.

“Bagi ayah saya (Jazmi Husin) beliau mahu menawarkan kadar murah ini sebagai sedekah kepada pelanggannya untuk berbuka puasa.

“Ayah mahukan selepas 11 bulan berniaga dalam setahun, syarikat perlu peruntukkan sebulan (Ramadan) bukan untuk mencari keuntungan, tetapi lebih kepada amal jariah,” katanya ketika ditemui di kedainya.

Menurutnya, caj tambahan akan dikenakan kepada pelanggan jika mereka mahu minuman selain daripada yang dihidangkan.

“Bagi kanak-kanak berusia di bawah enam tahun mereka boleh makan secara percuma,” katanya.

Beliau berkata, sejak menawarkan kadar berbuka dengan harga murah itu, restoran tersebut turut mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) yang menghantar makanan tambahan dan minuman untuk disedekahkan kepada pelanggannya.

Menurutnya, restoran itu menerima apa saja sumbangan diberikan asalkan memberi kebaikan untuk orang Islam berbuka puasa.

“Kita menyediakan sebanyak 30 meja dan restoran kami mampu memuatkan pelanggan seramai 130 orang dalam satu masa.

“Biasanya dalam minggu pertama puasa, pelanggan tidak begitu ramai tetapi memasuki dua minggu sebelum Aidilfitri, jumlahnya bertambah berikutan ramai orang memilih untuk berbuka puasa di luar,” katanya.
Title : Pakej buka puasa hanya RM5
Description : KETIKA ramai peniaga menaikkan harga makanan kerana faktor semasa, pengusaha sebuah restoran di Duyong, di sini, mengenakan bayaran hanya...

0 Response to "Pakej buka puasa hanya RM5"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH