SemanisKurma.my

Penceraian Termahal Bekas Ratu Cantik Malaysia Di UK


Akhirnya permintaan bekas ratu cantik Malaysia 1969, Pauline Chai yang mahu kes penceraiannya dibicarakan di mahkamah Britain mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Britain pada Jumaat lepas.

Pauline, 67 berjaya membuktikan dirinya menetap di Britain sekaligus membolehkan kes perceraiannya bersama jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng dijalankan disana.



Menurut laporan Telegraph.co.uk , Pauline telah menamakan koleksi 1,000 pasang kasutnya yang tersimpan di kediaman mewah Hertfordshire yang bernilai £30 juta pound sterling (RM 180 juta) sebagai membuktikan dirinya menetap di Britain.

Bagaimanapun, suaminya, Khoo menafikan hal itu dan menyatakan Pauline hanya mempunyai 40 pasang kasut keseluruhan dan hanya menggunakan visa pelawat.

Kes penceraian ratu cantik Malaysia ini mendapat perhatian media di UK kerana berkemungkinan menjadi kes penceraian termahal bakal dilaporkan di negara itu.



Hal ini kerana Pauline bakal menerima pampasan sehingga RM 2.5 billion melalui penceraian bersama hartawan kaya dari Malaysia.


Tan Sri Khoo Kay Peng adalah pengerusi jenama antarabangsa Laura Ashley , Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelaburan Malayan United Industries dan Pengarah Corus Hotel Limited di Britain.

Namun, Pauline berkata dia bukan berminat terhadap wang suaminya dan mempunyai alasan kukuh mengapa beliau mahu berpisah dengan Khoo.



Selama kes penceraian ini dijalankan ia telah menelan belanja hampir RM 12 juta.

Pasangan ini telah berkahwin selama 42 tahun semenjak tahun 1970 di Malaysia dan dikurniakan lima orang anak semasa tempoh perkahwinan mereka.
Title : Penceraian Termahal Bekas Ratu Cantik Malaysia Di UK
Description : Akhirnya permintaan bekas ratu cantik Malaysia 1969, Pauline Chai yang mahu kes penceraiannya dibicarakan di mahkamah Britain mendapat ke...

0 Response to "Penceraian Termahal Bekas Ratu Cantik Malaysia Di UK "

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH