SemanisKurma.my

Tips Berfesyen Buat Remaja


Minat golongan remaja kini terhadap fesyen sentiasa dapat kita lihat menerusi penampilan mereka yang menarik dan unik. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, pastinya mereka ingin tampak bergaya di hadapan teman-teman.

Pelbagai fesyen boleh digayakan mengikut kesesuaian majlis atau bentuk tubuh badan dan yang paling penting adalah pemilihannya yang tidak keterlaluan.

Tip-tip seperti yang disenaraikan di bawah boleh dijadikan panduan dalam memilih pakaian yang sesuai:

1. Pilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh badan yang dapat menyembunyikan kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada tubuh.

2. Perhatikan fabrik yang digunakan sama ada selesa atau tidak ketika dipakai dan sesuaikan jenis pakaian mengikut aktiviti atau majlis yang ingin dihadiri bagi meningkatkan keyakinan diri ketika berada di khalayak ramai.

3. Hindari penampilan yang berlebihan atau meniru gaya dewasa. Sebaliknya, pilihlah pakaian yang dapat mencerminkan keperibadian positif diri.

4. Pilih pakaian berwarna cerah dan sesuai dengan kulit yang boleh dipadankan dengan warna semula jadi. Contohnya, baju berwarna terang seperti merah dipadankan dengan seluar atau skirt rona hitam atau putih.

5. Cuba cari perkembangan fesyen terbaru di majalah-majalah fesyen atau di Internet untuk dipertimbangkan sama ada ia sesuai atau tidak untuk digayakan.Sebagai contoh, bagi mereka yang mempunyai tubuh berbentuk lurus dan jam pasir, sebaiknya pilihlah baju yang mementingkan bahagian pinggang. Bagi mereka yang bertubuh gempal pula, memakai gaun panjang boleh membuatkan anda kelihatan tenggelam, jadi cara selamat ialah pilih gaun yang sederhana panjang dan tidak terlalu ketat.

Untuk tampil bergaya dengan fesyen yang menarik tidak semestinya perlu berbelanja besar tetapi anda haruslah bijak suai padan. Jadi, selamat mencuba!
Title : Tips Berfesyen Buat Remaja
Description : Minat golongan remaja kini terhadap fesyen sentiasa dapat kita lihat menerusi penampilan mereka yang menarik dan unik. Tidak kira lelaki ...

0 Response to "Tips Berfesyen Buat Remaja"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH