SemanisKurma.my

Kilang Rojak & Cendol Bersama Rendaman Seluar Dalam


Puchong: Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Weird Mother In-Law Situations That Are Probably Every Guy’s Worst Nightmare
[PHOTOS] SAYS Top 20 Freshly Opened Cafés Worth A Visit (Or Two!)
Bila ada peluang memenangi hadiah yang ‘best' macam ni, jangan teragak, join je
A girl just promised herself that she would laugh at someone everyday… Haha! Check this out.
Watch how Harith Iskandar pulled the stinkiest prank on this poor fella

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.

Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui. - Harian Metro

Title : Kilang Rojak & Cendol Bersama Rendaman Seluar Dalam
Description : Puchong: Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada...

0 Response to "Kilang Rojak & Cendol Bersama Rendaman Seluar Dalam"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH