SemanisKurma.my

Buah Fazura Jelas Kelihatan #5 Gambar


Kali ini kami ingin memberikan anda gambaran dengan lebih jelas mengenai program realiti tersebut. Fazura yang mengulas mengenai program realiti ‘Facing Up To Fazura‘ berkata:
 “Saya tidak pernah membayangkan sesiapa berminat untuk mempemerkan hidup saya, apatah lagi mempunyai siri yang dirancang disekeliling saya untuk E! Saya amat bersyukur dan berasa rendah diri pada masa yang sama,” kata Nur Fazura. 

“Saya adalah seorang yang private, jadi memiliki rancangan realiti membuatkan saya sedikit gementar. Saya menunjukkan kepada semua orang mengenai dunia saya dan saya benar-benar berharap mereka enjoy dengan apa yang mereka lihat.” 
Miniseries ini adalah sebahagian daripada komitmen NBCUniversal International Television untuk pengeluaran Asia dan cerita selebriti. Ia juga akan menampilkan pelbagai cameos dan penampilan tetamu yang merupakan rakan-rakan Fazura daripada dunia hiburan, filem dan fesyen.
Berikut merupakan gambar sepanjang sidang media ‘Facing Up To Fazura‘ yang berlangsung di The Gardens Theatre.






Sinopsis ‘Facing Up To Fazura’ 

2014 merupakan tahun yang amat sibuk bagi Nur Fazura. Baru saja menyambut ulang tahun yang ke-31, membuatkan beliau merenung hidupnya. Tiga dekad yang lalu memang penuh dengan pelbagai peristiwa — dengan dilanda pelbagai kontroversi.

Walaupun secara profesional Fazura berjaya, namun tidak 100% umum menyebelahi beliau. Orang sering mengaitkan beliau sebagai gadis parti, bukan gadis Malaysia yang baik. Tambahan pula, beliau seringkali dilihat bersama rakan-rakan lelaki dan juga terlibat dalam perhubungan cinta high-profile.

Jika beliau berhadapan dengan masa lalu seperti beberapa kesalahan beliau dan menunjukkan pada orang ramai bahawa beliau benar-benar adalah bukan sekadar gadis dalam majalah dan filem — adakah orang akan mengubah pandangan mereka terhadap Fazura?

Ini adalah misi beliau: untuk menukar persepsi umum mengenai Fazura, agar mereka boleh mula memahami siapa diri sebenar beliau. Mudah-mudahan dengan menangani masa lalu, beliau akan mempunyai masa depan yang cerah dan meninggalkan semua kata tidak baik di belakang. Ini adalah masa untuk Fazura berdepan dengan dirinya!



Title : Buah Fazura Jelas Kelihatan #5 Gambar
Description : Kali ini kami ingin memberikan anda gambaran dengan lebih jelas mengenai program realiti tersebut. Fazura yang mengulas mengenai program ...

0 Response to "Buah Fazura Jelas Kelihatan #5 Gambar"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH