SemanisKurma.my

#2 Foto Elfira Loy Yang Kontoversi


Pelakon Elfira Loy telah memuat naik sekeping foto bersama rakan-rakan artis di sebuah lapangan terbang pada Selasa.

Namun apa yang menarik perhatian bukanlah foto itu sebaliknya kapsyen yang disertakan bersama foto tersebut.

Foto itu dimuat naik oleh Elfira pada Selasa beserta dengan kapsyen yang berbunyi:

“Airport selfie, suka selfie pun salah? Kan nanad @nad.zainal? @jihanmuse and @sherry_alhadad.” tulisnya.

Foto yang dimuat naik oleh Elfira ketika mereka berada di sebuah lapangan terbang.


Disebabkan kapsyen tersebut ramai yang membuat andaian bahawa pelakon itu sentap dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pengikut Instagramnya yang mengatakan bahawa dia seorang ‘kaki selfie’.


Tidak cukup dengan itu, di ruangan komen timbul pula dakwaan seorang wanita terhadap sikap Elfira yang dikatakan terlalu sombong sehingga tidak mengendahkan peminat yang ingin bergambar bersamanya.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Shaza itu berasa kesal dengan sikap Elfira sebagai seorang artis yang tidak mesra dengan permintaan peminat.

"Tadi iolss nampak uolss dekat tempat luggage klia. iolss dtg dgn member nak snap pic je kott..tapi semua buat bodoh. except kak jihan. ni ke artis Malaysia. baru artis Malaysia.belum jd artis international lagi. artis international pun x mcm ni. sorry to say. bye @elfiraloy" tulis Shaza.

Lebih parah lagi apabila seorang lagi pengikut Instagram iaitu Bella seakan-akan cuba mengeruhkan keadaan dengan komen yang berbunyi:

"Eh you tak tahu ke artis malaysia ni ala ala glamorous kalah beyonce okays."

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Elfira apabila aktres itu tampil membalas tuduhan wanita tersebut di ruangan komen.

Penjelasan Elfira berhubung tuduhan tersebut.


Title : #2 Foto Elfira Loy Yang Kontoversi
Description : Pelakon Elfira Loy telah memuat naik sekeping foto bersama rakan-rakan artis di sebuah lapangan terbang pada Selasa. Namun apa yang m...

0 Response to "#2 Foto Elfira Loy Yang Kontoversi "

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH