Hanis Karim juga adalah salah seorang penggemar gajet. Tetapi, disebabkan harga gajet yang terlalu mahal, saya cuma memilih peranti yang terbaik tanpa perlu mendapatkan atau menukar peranti yang sedia ada kepada peranti baru.
Ini kerana, saya berpendapat bahawa, peranti yang sedia ada masih boleh digunakan. Tetapi, saya juga tidak menafikan bahwa, ramai pengguna terutamnya remaja, sering kali menukar gajet. Seolah-olah mereka jika tidak memlikinya, maka jadilah seperti pepatah, mandi tak basah, makan tak kenyang dan yang paling teruknya, ada segelintir remaja ini tidak boleh tidur malam kerana terlalu memikirkan tentang peranti tersebut.
Kesannya, mereka tidak dapat menumpukan pelajaran semasa sesi pembelajaran bagi mereka yang masih bergelar pelajar. Manakala bagi golongan yang telah bekerja, meraka akan mengantuk atau kurang bertenaga ketika di tempat kerja.
selain dari kesan tersebut, anak muda yang terlalu gilakan gajet ini juga sanggu berhabis duit yang banyak demi untuk mendapatkan koleksi baru kononnya kerana tampak ‘up to date’ di mata orang lain. Tidak salah salah sebanarnya, tetapi bukankah ia adalah satu pembaziran?
Apabila kita meneliti sejarah perkembangan telefon, ia memukau perhatian warga dunia kerana dapat memberikan kemudahan kepada penggunanya. Ditambah pula lagi dengan keupayaan untuk berhubung tanpa batasan dengan sesiapa sehaja menjadikan gajet ini semakin popular dari masa ke semasa.
Banyak tapi tak pakai
Pembaziran yang ketara dan nyata. Itulah yang mampu saya katakan kepada peminat tegar peranti canggih. Hal ini kerana, setiap kali keluaran baru tiba, anak muda yang ekstrem sanggup berbelanja hingga mencecah ribuan ringgit asalkan dapat memnuhi keinginan hati dan memiliki peranti tersebut. Alasannya, minat mengumpul barang elektronik dan tidak kisah berbelanja.
Isu yang ingin ditekankan di sini ialah penggunaan gajet itu sendiri. Saya sendiri rasa sudah cukup agaknya sekadar mempunyai telefon pintar dan juga ‘tablet’. Tapi bagi sesetengah remaja, ia tidak memuaskan dan tidak memenuhi keinginan. Hakikatnya, tidak semua peranti yang dibeli akan digunakan untuk jangka masa yang lama.
Percaya atau tidak, peranti yang dibeli biasanya akan digunakan buat seketika dan kemudian dibiarkan jadi ‘besi buruk’. Bagi mereka yang tegar, puluhan peranti boleh dikumpul pada masa yang begitu singkat. Perlu diketahui, setiap peranti bukanlah murah dan berpatutan.
Bagi mereka yang banyak duit, tidak kisah berhabis berapa banyak pun. Akhirnya, semua peranti yang hanya digunakan pada jangka masa singkat seperti enam bulan ke bawah akan dijual kepada rakan atau diberikan kepada ahli keluarga.
Bahkan duit yang diperoleh akan digunakan untuk mengganti peranti yang lama kepada yang baru. Pendek kata, tidak akan pernah ada kepuasan, sebaliknya pembaziran saja yang diperoleh.
Membazir saja!
Kalau sudah mempunyai satu telefon pintar, ia sebenarnya sudah mencukupi untuk melakukan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian. Namun, disebabkan tiada panduan untuk mendapatkan peranti canggih yang sesuai, ramai anak muda leka ketika berbelanja sehingga ada yang tidak gemar menyimpan wang untuk kegunaan lain yang lebih penting. Bukan itu saja, perbelanjaan itu juga merangkumi aksesori canggih yang semestinya memakan belanja lebih.
Kebanyakan peranti dibeli bersandarkan kata-kata daripada rakan tanpa ada inisiatif untuk membuat kajian ke atas peranti yang ingin dimiliki itu. Perlu diketahui, bukan semua rakan mempunyai cita rasa yang sama seperti anda dan kebanyakan apa yang diperkatakan hanya bersifat berat sebelah kerana menurut cita rasanya dan bukannya anda. Justeru, pelbagai peranti akan dibeli tanpa pemerhatian yang khusus.
Contohnya boleh dilihat apabila anak muda yang gemar menukar ‘iPhone’ yang dibeli. Tidak cukup dengan iPhone 4, mereka inginkan sesuatu yang lebih hebat seperti iPhone 5 ataupun telefon pintar keluaran syarikat gergasi seperti Samsung.
Kalau berterusan, pencarian itu tidak kesudahan dan tiada penyelesaian yang dapat dibuat. Bukankah itu sebenarnya Hanya membawa kepada pembaziran yang sia-sia saja?
Ubah pemikiran
Pertama sekali, anda perlu bijak membuat percaturan sebelum membeli peranti yang diinginkan. Jangan hanya membuat keputusan sesudah mendengar pendapat daripada rakan, sebaliknya ambil inisiatif untuk membuat kajian ke atas peranti yang bakal dibeli. Pengaruh iklan juga perlu dikurangkan kerana ia mungkin tidak sesuai dengan cita rasa anda.
Berpandukan apa yang terdapat di Internet, pilih spesifikasi dan reka bentuk yang sesuai dengan cita rasa anda. Pastikan anda melayari laman web rasmi yang mengandungi pelbagai info lengkap mengenai sesuatu peranti itu. Bukan saja menjimatkan masa, bahkan anda boleh membuat pelbagai pilihan secara langsung melalui Internet. Justeru, tidak akan ada masalah dalam penukaran peranti berulang kali kelak.
Dari segi pilihan, apa yang perlu dititikberatkan ialah fungsi dan saiz paparan skrin yang diinginkan. Inilah yang menjadi punca kesilapan anak muda ingin menukar peranti. Alasannya, fungsi tidak menarik dan skrin saiz kecil. Justeru, tidak berkenan untuk menggunakannya pada masa yang lama. Jika anda seorang yang gemarkan muzik dan menonton filem di peranti, paparan skrin yang luas dan lebar adalah sesuai dengan anda.
Selain itu, perlu bijak memilih kedai elektronik yang sesuai. Terdapat banyak kes penipuan berlaku di kedai peranti yang tidak dapat pengiktirafan. Seeloknya beli di kedai elektronik yang rasmi untuk mengelakkan kerosakan peranti dalam masa terdekat. Cara ini boleh mengelakkan anda daripada melakukan pembaziran kerana asyik menukar barang elektronik yang rosak.
Buat si ‘fanatik’ gajet pula, tidak perlu kerap membeli stok terbaru untuk terus kekal ‘up to date’ kerana teknologi sering berkembang. Justeru, puluhan peranti baru akan sentiasa mengambil tempat di pasaran. Jika ingin diikutkan minat, pasti tidak pernah cukup peranti yang dikumpul kerana banyak lagi dikeluarkan pada masa terdekat.
Seelok-eloknya, wang yang berlebihan boleh disimpan untuk kegunaan pada masa kecemasan. Saya sendiri rasakan anak muda perlu bijak membuat pilihan dan tidak hanya bersandarkan minat semata-mata. Disebabkan taraf hidup yang tinggi, harus bijak membuat perbelanjaan untuk mengelakkan boros dan kerugian yang berlebihan. Ingat, cukuplah sekadar satu atau dua peranti yang berfaedah supaya duit boleh disimpan untuk kegunaan lain.
Title : Gajet Gila ke, atau Gila Gajet?
Description : Hanis Karim juga adalah salah seorang penggemar gajet. Tetapi, disebabkan harga gajet yang terlalu mahal, saya cuma memilih peranti yang ...
Description : Hanis Karim juga adalah salah seorang penggemar gajet. Tetapi, disebabkan harga gajet yang terlalu mahal, saya cuma memilih peranti yang ...
0 Response to "Gajet Gila ke, atau Gila Gajet?"
Catat Ulasan