SemanisKurma.my

Jenazah Koperal Ab. Rajah selamat dikebumi



SEMPORNA 14 Julai - Jenazah anggota polis Marin, Koperal Ab. Rajah Jamuan yang terbunuh dalam serangan hendap di Pulau Mabul pada Sabtu malam, selamat dikebumikan di kampung halaman, Kampung Bubul Batu di sini dengan penuh istadat penghormatan daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Jenazah dibawa dari bilik mayat Hospital Tawau pada lewat malam tadi ke rumahnya dan disembahyangkan pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bubul Batu, Jalan Batu 3 1/2, di sini.

Suasana pilu turut disertai hujan renyai-renyai ketika upacara pengebumian yang dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada keluarga terdekat, kenalan rapat dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ab. Rajah.

Terdahulu, keranda jenazah yang dibaluti bendera Jalur Gemilang dibawa dari rumah keluarga Allahyarham serta diusung enam anggota polis Marin yang juga rakan Allahyarham.

Turut hadir, Komander PolisMarinBukit Aman DatukAbdulAziz Yusof, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malik Harun, Ketua Polis Semporna Supt Mazlan Lazimdan Ketua Polis Tawau ACP Awang Besar Dullah. - BERNAMA



Title : Jenazah Koperal Ab. Rajah selamat dikebumi
Description : SEMPORNA 14 Julai - Jenazah anggota polis Marin, Koperal Ab. Rajah Jamuan yang terbunuh dalam serangan hendap di Pulau Mabul pada Sabtu ...

0 Response to "Jenazah Koperal Ab. Rajah selamat dikebumi"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH