SemanisKurma.my

MPRC jana pelaburan penyimpanan O&G RM3,49 juta



Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) membantu menjana pelaburan berjumlah RM3.49 bilion dalam penyimpanan minyak dan gas (O&G) sepanjang tahun lalu.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi dalam laporan korporat sulung perbadanan itu bagi 2013, berkata pelaburan sebanyak RM3.52 bilion lagi diperoleh dalam perkhidmatan O&G.

Laporan berkenaan memberikan gambaran pencapaian agensi kerajaan itu, yang ditubuhkan pada 2011 untuk menjadikan Malaysia hab perkhidmatan serta pembuatan minyak dan gas serantau.

Shahrol berkata, bagi memastikan bekalan modal insan untuk perkhidmatan dan pembuatan O&G, MPRC menambah jumlah universiti yang secara aktif terbabit dalam industri kepada 11 pada 2013 daripada dua buah pada tahun sebelumnya.

Perbadanan itu juga, katanya, menganjurkan Forum Pembiayaan O&G dan sesi jaringan untuk mengukuhkan lagi hubungan industri dengan Bank Negara Malaysia, 18 bank komersial dan tujuh agensi pembangunan.

Beliau berkata, bagi meningkatkan lagi profil Malaysia di peringkat antarabangsa, MPRC mempromosikan syarikat perkhidmatan dan peralatan O&G (OGSE) ke enam negara.
Title : MPRC jana pelaburan penyimpanan O&G RM3,49 juta
Description : Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) membantu menjana pelaburan berjumlah RM3.49 bilion dalam penyimpanan minyak dan gas (O&a...

0 Response to "MPRC jana pelaburan penyimpanan O&G RM3,49 juta"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH