SemanisKurma.my

Pakaian Rasmi Semasa Beraksi Di Katil Asmara


Kalau anda peminat cerita-cerita dongeng rakyat, anda tentu pernah mendengar cerita “Pakaian Raja” di mana seorang Raja yang cerewet, diketawakan rakyat bila memakai baju  ‘telus’ angkaran kecerewetan dan kebodohannya sendiri. Bagi Raja Sehari, tidak ada salahnya memakai pakaian seperti raja tadi untuk pendekatan ringkas dan mudah. Tapi bagi Raja @ Ratu Berhari-hari, diperturunkan beberapa rahsia pakaian ranjang atau baju berahi, yang mampu meningkatkan kesempurnaan keseluruhan proses ‘penobatan’!

Bagi Raden, inilah isu yang selalu terlepas pandang, lantaran kebiasaan masyarakat yang mahu segalanya terlalu mudah dan cepat-cepat saja…

PAKAIAN RASMI

Dalam seks, bagi sesetengah orang pakaian terbaik ialah tidak berpakaian! Ia benar bagi lelaki rakus dan baru pulang outstation, atau jika keadaan tidak selalu mengizinkan. Ia benar, jika zaman itu adalah zaman batu, dan baju sangat susah didapati. Ini zaman moden, dan percayalah setiap acara ada pakaiannya sendiri. Bola sepak ada jersinya, kenduri kahwin ada kebayanya, berenang ada bikininya dan ’berenang’ ini juga begitu.

Wahai isteri-isteri yang dahaga, ketahuilah bahawa pakaian anda sebelum bercengkerama sama pentingnya dengan foreplay itu sendiri. Nampak tidak bermakna tetapi small matter would become big! Bagi kultus Raden, ia terikut penting dan selalu dianggap pra-syarat kepada keseluruhan acara.

Pakaian rasmi ranjang ialah pakaian dalam. Sebenarnya, panggilan pakaian tidur nampak tidak kena memandangkan ramai orang berjaga berbanding tidur jika baju itu dikenakan. Ia merupakan pakaian multi-fungsi – dan sedih jika ia diketepikan dan tidak diendahkan kedua-dua kegunaannya. Ramai dan kerap dianggap sebagai pakaian ringkas malam, atau pakaian penutup kemaluan, tetapi tidak sebagai pakaian pembangkit berahi pasangan. Mengapa begitu?

Soalan satu: Apa perlunya bersiap siaga semata-mata mahu membukanya semula? Apa ada pada pakaian ini, kerana bukankah lebih baik terus ‘hentam’ saja, dan memang suami tiada masa memuji cantik saat-saat genting begitu?

Beginilah, seperti foreplay, baju berahi bertindak membangkit syahwat, yang seterusnya memaksimakan kepuasan. Jika seks itu seni, ia adalah kesempurnaan, dan bermula awal hingga ke ahir. Juga, baju berahi juga adalah ramuan kesempurnaan. Ia adalah lampu isyarat yang jelas dan bagus. Tunjukkan pada pasangan yang anda bersedia, dan bukannya seperti TIDAK MAHU dan TIDAK MALU!

Pakaian ranjang adalah permulaan kepada pengaktifan deria rangsangan pasangan. Yang paling awal bertindak bagi pasangan ialah mata – apa yang paling awal dipandang oleh kedua biji mata itu. Kornea akan terjengul dulu, sebelum benda lainmenurut terjengul. Penglihatan bagi lelaki adalah seperti menikmatinya sendiri. Biarkan penglihatan mempengaruhi imginasi, dan serahkan tugas seterusnya kepada suami yang menunggu.

Jadi, apa perlu ada dalam almari? Pastikan anda membeli berhelai gaun tidur, sepasang baju tidur sedondon, dan jangan jadikan amalan baju t-shirt besar yang menggelebeh itu. Upacara yang istimewa ini juga perlukan pakaian istimewa juga. Jadi, beli saja pakaian dalam yang memang khas menggamit suami, bukan yang dipakai ke pejabat atau yang itu-itu juga. Pilih fabrik dengan lace, didekorasi indah dan dalam pelbagai warna. Bukankah seks itu variasi?

Oh, anda fikir anda terkecuali, wahai para suami pembawa air?? Tidak, anda juga turut perlu memakai apa yang sesuai dan menarik pandangan pasangan anda. Isteri juga mempunyai gambaran dan first time impression yang sama penting untuk aksi seterusnya. Isteri juga mahu merasakan bahawa acara itu perlu ‘kemas’ dan bukan seperti ‘tiba-tiba’ saja.

Benar, ada isteri lebih suka suaminya tidak memakai baju di rumah, menyerlahkan bulu dada dan perut boroi (jangan terkejut!). Hakikatnya, jangan biarkan rutin mencacatkan hubungan suami isteri yang sepatutnya bermakna setiap kali. Kalau anda rasa kain pelikat itu sudah cukup seksi, percayalah yang imaginasi anda memang fail! Tanyakan pasangan anda, apa yang anda perlu pakai malam Jumaat nanti. Ada isteri yang sukakan suaminya segak bergaya dengan boxer, atau berseluar pejabat tapi ala KOMANDO (faham?)

PAKAIAN FANTASI

Kategori kedua pakaian dalam siri ranjang ini ialah baju fantasi. Apa maksudnya, ya? Baju fantasi ini lebih kepada kepada pakaian istimewa yang mendatangkan berahi, diilham oleh kehendak pasangan dan diri, bagi memulakan upacara bercengkerama. Istimewa boleh dilihat sebagaicustom-tailored, mempunyai tema atau merujuk kepada beberapa perkara atu bidang karier tertentu. Ia boleh bagi dipakai isteri atas permintaan suami, dan vice versa. Ia dibuat atas niat suka-suka, dan yang perlu ialah rela dan redha. Jangan sesekali terpaksa!

Sebelum pergi jauh, jelas subjek ini perkara baru bagi budaya kita. Si Budin bukan Hugh Hefner dalam parti Playmate, dan Minah bukan Paris Hilton dalam videonya. Benar, bagi kebanyakan manusia, Barat lebih terdedah kepada perkara-perkara imaginasi tahap tinggi. Bukan menyanjung, tetapi bukankah manusia selalu meniru, dan meniru yang baik jika bermanfaat tidak ada salahnya? Jadi, sebelum anda berasa terpaksa, terimalah yang manusia ini meminta-minta dan berlainan kehendak. Terimalah juga yang perkara itu ada, dan sebagai pasangan apakah yang lebih bermakna selain berkongsi dan bergembira bersama? Jelik jika anda mahukannya begitu, dan pelik jika anggapan anda sentiasa negatif. Cuma waspada, yang fantasi ada hadnya!

Okey, pedulikan reaksi manusia. Menidakkan macam satu sindrome of denial. Apa kata ini hanya rahsia kita? Memang banyak kes ia adalah inisiatif dan kehendak suami. Mungkin setelah bertahun bersama, dan tiba-tiba terbuka hati isteri dan mahu meraikan sesuatu, apa salahnya bertanya baju apa yang mahu dipakai malam nanti? Tanyakan pasangan apa imaginasinya terhadap anda (bukan orang lain ya!). Bagaimana dia mahu anda muncul dari belakang pintu, dan ‘berdrama’ dahulu sebelum suami bertukar menjadi harimau? Apa yang peliknya??

Apa pilihan kita?  Paling mudah, ada suami yang sukakan isteri memakai kemeja kerjanya, sebagai kelainan dan mahu merasa nikmat membuka butang satu-persatu. Mungkin tanpa pakaian dalam bahagian atas, kenakan kemeja putih kegemarannya dan kalau mahu selengkap, apa kata tali leher warna terang? Merah menggoda.  Pink, anyone??


Atau, dia suka jika anda dalam pakaian pejabat, mungkin sedikit seksi dengan beberapa butang dibiarkan terbuka dengan push-up bra berlawan warna? Walau anda bukan bermini skirt pendek, apa salahnya mengenakan kali ini kerana tiada hukum aurat suami-isteri yang menidakkan, bukan? Anggaplah ia hadiah, dan hadiah boleh lebih bermakna jika di luar kebiasaan.

Bagi yang lebih adventrous, apa kata berhabis sedikit, dan beli atau tempah sesuatu yang lebih, err, vrommm!! Dia mahu anda menjadi nurse? Lengkap dari atas ke bawah?? Ia paling mudah. Tanpa meminjam jaket ibu mertua seorang jururawat, carilah di kedai jualan bahan penjagaan rambut kalau mahu. Stetoskop fikirkan kemudian!

Atau, baju velvet Cat Woman dan suami adalah Batman Malaya yang mahu membanteras penjenayah? Atau patut anda pinjam baju sekuriti, dan berlagak seperti Polis jika impiannya begitu? Gari dan pistol mainan juga sangat meletup (pinjam anak punya??). Tips: Ada yang melampau, tetapi sesuaikan dengan apa yang mampu dan mahu.

Ingat wahai isteri penadah air, tidak semesti yang seksi saja impian suami. Imaginasi adalah berbagai dan mengejutkan. Mungkin dia mahu anda memakai pakaian penuh, kebaya bergaya lengkap berselendang, dan bersepatu tinggi yang telah lama dipendamnya!

HATI PAKAIAN HIDUP

Kata cendikia, hati pakaian hidup. Apa di hati nampak di luar dan membentuk perwatakan. Tapi pakaian untuk ranjang ada bermacam-macam walau tujuannya satu, dan indah jika ia seiring impian dan kehendak pasangan, bersyarat rela dan mahu. Pakaian ini wujud sebagai contributing factor, walau tempoh kegunaannya sangat terhad atau pembuka tirai cuma. Nasihat Raden, jangan memaksa, cuma bercerita dan bertanya. Mencuba sekalipun tidak mahu menggalakkan.

Buang tabiat? Itulah fikiran sesetengah orang yang tidak salah, tetapi jangan sesekali menidakkan. Imaginasi dan impian selalu terpendam lama, dan seperti kreativiti ia perlu diterokai dan diluahkan. Sekali lagi, kehendak dan impian manusia pelbagai, dan jangan memandang remeh soal pakaian dalam memulakan upacara istimewa ini. Jangan biarkan rutin dan kebiasaan menjadikan seks sesuatu yang bertukar hambar.

Dan lagi, mengikut tilikan Raden, bukankah MEMAKAI itu juga sama penting dengan MEMBUKA? Jadi, tunggu sambungan kisah ini nanti.
Title : Pakaian Rasmi Semasa Beraksi Di Katil Asmara
Description : Kalau anda peminat cerita-cerita dongeng rakyat, anda tentu pernah mendengar cerita “Pakaian Raja” di mana seorang Raja yang cerewet, dik...

0 Response to "Pakaian Rasmi Semasa Beraksi Di Katil Asmara"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH