SemanisKurma.my

Pasangan "Melekat' Semasa Melakukan Hubungan Seks Dalam Laut


Sepasang kekasih Itali telah dikejarkan ke hospital apabila kedua-duanya 'melekat' selepas melakukan seks di dalam laut di wilayah Marche.

Akbar Il Mattino telah melaporkan pasangan tersebut yang sedang memadu asmara di sebuah pantai yang lengang dengan pengunjung telah membuat keputusan untuk melakukan seks di dalam laut di Porto San Giorgio untuk membuktikan cinta mereka.

Namun begitu, kisah cinta mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila pasangan lelaki gagal menarik keluar 'anu' yang melekat pada pada teman wanitanya akibat dari sedutan air laut lapor akhbar tersebut.

Mereka terus berada di dalam laut sehinggalah disedari oleh seorang wanita yang sedang bersiar-siar di tepi pantai tersebut dan kemudian memberikan mereka tuala selepas mereka berenang ke tepian.

Setelah doktor dipanggil, mereka di bawa ke wad kecemasan hospital terdekat. Wanita tersebut telah diberikan suntikan yang selalu diberi kepada wanita mengandung di bahagian uterusnya bagi melepaskan 'anu' teman lelakinya yang terlekat.

Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku. Pada bulan Julai lalu, sepasang kekasih di Zimbabwe turut 'melekat' hampir 7 jam dan dileraikan oleh bapa kepada pasangan lelaki tersebut.

Awal tahun lalu, pasukan bomba di Sepanyol telah dipanggil untuk menyelamatkan seorang wanita sepauh bogel yang terjatuh ke dalam lubang air sedalam 15 meter ketika melakukan hubungan seks.
Title : Pasangan "Melekat' Semasa Melakukan Hubungan Seks Dalam Laut
Description : Sepasang kekasih Itali telah dikejarkan ke hospital apabila kedua-duanya 'melekat' selepas melakukan seks di dalam laut di wil...

0 Response to "Pasangan "Melekat' Semasa Melakukan Hubungan Seks Dalam Laut"

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH