SemanisKurma.my

PDRM Terpaksa Menembak Penyayi Wanita Popular


SIBU: Polis terpaksa menembak penyanyi wanita Iban popular menggunakan senjata renjatan elekterik atau ‘taser gun’ selepas gagal ditenangkan ketika mengamuk di sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Salim pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penyanyi berusia 40-an itu dikatakan mengamuk dan mengganggu ketenteraman rumah panjang itu dengan membaling objek dan hilang kawalan.

Sumber di tempat kejadian memberitahu, penghuni yang bimbang dengan keselamatan mereka menghubungi pihak hospital namun kakitangan perubatan turut gagal menenangkannya sebelum meminta bantuan pasukan keselamatan daripada Balai Polis Sibu Jaya.

Pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 9 pagi cuba mengawal keadaan namun dia semakin agresif dan sukar dikawal.

Akhirnya, polis terpaksa mengguna ‘taser gun’ yang menyebabkan wanita tersebut jatuh pengsan akibat terkena renjatan elektrik.

Bagaimanapun, penggunaan alat itu tidak mendatangkan kecederaan serius atau kesan kesakitan jangka panjang.

Selepas diberi suntikan untuk menenangkannya, wanita itu dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut. Punca kejadian belum dapat dikenal pasti.
Title : PDRM Terpaksa Menembak Penyayi Wanita Popular
Description : SIBU: Polis terpaksa menembak penyanyi wanita Iban popular menggunakan senjata renjatan elekterik atau ‘taser gun’ selepas gagal ditenan...

0 Response to "PDRM Terpaksa Menembak Penyayi Wanita Popular "

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH